APA ITU PEKA?

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains ) bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM merupakan pentaksiran berasaskan sekolah.PEKA Sains dilaksanakan untuk mentaksir konstruk kemahiran proses sains, kemahiran menyelesaikan masalah secara saintifik, kemahiran manipulatif sains dan nilai murni serta sikap saintifik semasa pelajar menjalankan aktiviti, eksperimen, penyiasatan atau kajian lapangan.

Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan. PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.

Perkara yang penting diberi fokus dalam PEKA Sains ini ialah disegi pengurusan dan pengendalian Pentaksiran Kerja Amali Sains ini.Dengan memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah, pentaksir, pemantau dan penyelaras, PEKA Sains ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan terselaras.

Apa itu PEKA Sains
PEKA Sains ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang dilaksankan (dirancang,ditadbir,diskor,dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebahgai sebahagian daripada proses pengajaran dsan pembelajaran berdasarkankerangka (yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep pentaksiran Keraja Amali Berdasarkan Sekolah) yang ditetapkan dan dimoderatkan(merujuk kepada usaha memastikan setiap pelajar ditaksir berdasarkan perkara yang sama dimana mekanisme penyelarasan dan pemantauan dikalksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti).

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Pelajar yang akan ditaksirkan, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran,pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PEKA Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM.

Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran pelajar dan pengurusan evidens.

Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksirkan berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan d peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan dan Peraturan Penggredan yang telah dibina.

Objektif PEKA Sains

Peka sains dilaksanakan untuk membolehkan pelajar:
* menguasai kemahiran saintifik
* memperkukuhkan teori dan konsep Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM
* memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni
Pengusaaan kemahiran saintifik, pengukuhan teori dan konsep serta pemupukan amalan sikap saintifik dan nilai murni dilaksanakan semasa menjalankan aktiviti makmal, kajian lapangan, lawatan sambil belajar dan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Ciri-ciri PEKA Sains
Dalam usaha untuk merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka proses pentaksiran dalam Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM disediakan berdasarkan ciri-ciri berikut:

Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Fizik, Kimia,Bologi, sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM

Berpusatkan Pelajar
PEKA Sains ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila telah bersedia dan mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara yang hendak ditaksir. Ini memberi peluang pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.

Telus dan Terbuka
PEKA Sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui:
* perkara yang ditaksir
* bagaimana perkara itu ditaksir
* bila perkara itu ditaksir
* dimana perkara itu ditaksir

Bolehlaksana dan sistematik
Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek berikut:
* kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran
* tertib pelaksanaan pentaksiran

Pelbagai Instrumen
tujuan menggunakan pelbagai instrumen adalah untukmemberikan lebih peluang kepada pelajar berdasarkan kesesuaian dan lebih banyak evidens bagi menghasilkan gambaran yang menyeluruh dan lebih tepat tentang prestasi pembelajaran murid. Pentaksiran dilakukan dengan menggunakan pelbagai instrumen seperti pemerhatian, kaji selidik, senarai semak,projek,laporan amali,temu bual, folio dan lain-lain.

Berterusan dan Formatif
Pentaksiran dilakukan berterusan dari Tingakatan 1 hingga 3 bagi pelajar PMR dan dari Tingakatan 4 hinggan Tingkatan 5 bagi pelajar SPM. Pelajar diberi peluang untuk mempunyai pengalaman dalam perkara yang ditaksirkan di dalam aktiviti makmal semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga diberi peluang untuk memperbaiki skor dalam perkara yang ditaksirkan.

Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan kerelevanan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan mellaui mekanisme penyelarasn dan pemantauan.

Pelaporan Positif
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan pelajar dan ini bolehdiperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Pemantauan berterusan
Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan PEKA Sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pengoperasian PEKA Sains
PEKA Sains dijalankan mengikut prosedur berikut:
_/ Perancangan
_/ Penataran
Pendedahan dan penyebaran maklumat tentang pelaksanaan PEKA kepada pihak di sekolah yang terlibat.
_/ Pelaksanaan
Menjalankan PEKA mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam Buku panduan PEKA
_/ Penyelarasan
Memastikan keseragaman dari aspek pelaksnaan di semua peringkat PEKA
_/ Pemantauan
Melihat dan memastikan PEKA dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan
_/ Pengesanan
Menilai pelaksanaan PEKA untuk tujuan penambahbaiakan program
_/ Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Pengesan membuat laporan mengenai pelaksanaan PEKA untuk penambahbaikan.

Skor calon hendaklah dikumpul dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Siapa Yang Bertanggungjawab di Peringkat Sekolah:
Ketua Pentaksiran Sekolah:
Dilantik oleh Pengetua di kalangan Guru Kanan Sains/Guru Cemerlang/Ketua Panitai Sains/Guru Berpengalaman di mana tugas berikut perlu dilaksanakan:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarsan di peringkat negeri / kawasan bersama Pentaksir Sekolah
2. Mengendalikan mesyuarat dan memberi taklimat kepada pentaksir sekolah
3. Menyelaras Pentaksiran oleh Pentaksir Sekolah
4. Mempengerusikan mesyuarat JPKK peringkat sekolah
5. Mentaksir murid /kes khas
6. Memastikan Borang Skor Individu setiap pelajar pindah dihantar kesekolah yang baru
7. Membuat laporan PEKA dan menyerahkan kepada KPKawasan

Pentaksir Sekolah
Dilantik oleh pengetua di kalangan guru terlatih/guru opsyen/guru yang mengajar mata pelajaran di mana tugas berikut perlu dilaksanakan:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
2. Merancang PEKA
3. memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar
4. Mentaksir pelajar
5. Memaklum skor kepada pelajar
6. Mengisi Borang Skor Individu
7. Menyedia laporan PEKA dan menyerahkan kepada KPS
8. Menjadi ahli JPKKS dan pentaksir kes khas.

Tanggungjawab Sekolah
Sebelum Pentaksiran
* Menerima surat pekeliling PEKA daripada JPN
* Menerima dokumen PEKA daripada JPN
* Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PEKA
* Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
* Menghantar senarai JK PEKA dan pentaksir
* memperbanyakkan dokumen PEKA untuk kegunaan pentksir
* menyediakan jadual pelaksanaan PEKA dan menghantar salinan kepada JPN dan KP kawasan
* Memberi taklimat pelaksanaan PEKA kepada pelajar
* Memastikan setiap murid memiliki fail PEKA

Semasa Pentaksiran
* Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
* Penyelarasan skor dilakukan oleh KP Sekolah
* Pemanatu dalaman membuat pemantauan
* Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu
* Pentaksir menyimpan evidns pentaksiran dalam fail individu
* Pentaksir memaklumkan skor kepada pelajar yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
* Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk

Selepas Pentaksiran
* Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah
* Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salina ndihantar ke JPN melalui KPKawasan
* SU Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
* SU Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk calon untuk disahkan oleh Pengetua
* Mengeluarkan sijil PEKA kepada calon

Selamat menjalankan tugas..demi kemajuan anak bangsa dalam pembangunan berasaskan Sains dan Teknologi.